Jumaat, 16 Disember 2011

TIP

              KENALI DOSA DAN JAUHINYA


   Berdosa kepada siapa ?
 
1. Allah s.w.t
         Salah satu dosa terhadap -Nya ialah syirik kepada Allah . Namun ,ada perlakuan yang secara tidak sedar yang menyebabkan berlakunya syirik.Itulah perbuatan sihir atau mencari orang lain seperti bomoh dan dukun untuk menyelesaikan masalah .Sedangkan ,Allah sahaja Tuhan yang berhak di sembah.

2. Diri Sendiri
          Seseorang ditegah daripada menzalimi dirinya sendiri dengan melakukan dosa-dosa seperti membalas dendam terhadap orang lain,menukar jantina atas dasar kecenderungan sejak kecil,berlebihan ketika makan dan sebagainya.Dosa yang paling besar terhadap diri sendiri adalah membunuh diri kerana tiada lagi kesempatan bertaubat.

3. Orang Lain
          Antara contoh perbuatan dosa kepada orang lain seperti mencuri dan yang seumpamanya,membuat bising di tempat umum ,merokok ,membawa khabar berita buruk tentang diri seseorang dan sebagainya. Perbuatan ini biasanya hanya untuk memuaskan hawa nafsu seseorang tanpa mengambil kira kesan yang akan orang lain peroleh.


KATEGORI  DOSA

AQIDAH

 - Syirik dan menyekutukan Allah.
 - Mengamalkan sihir

AKHLAK

  - Tidak menunaikan hak kepada kedua -dua ibu bapa dan sesama manusia.
  - Berlaku zalim terhadap makhluk Allah yang lain seperti haiwan dan tumbuhan.
  - Memiliki sifat mazmumah dalam diri seperti hasad , tipu daya , khianat dan sebagainya.

IBADAH
 
  - Meringan -meringankan suruhan ALLAH  seperti solat, puasa dan zakat.
  -Apabila lalai melaksanakan perintah Allah ,tidak bersegera menggantikannya.Contohnya,tidak  
   mengqada solat fardu yang ditinggalkan dan tidak membayar fidyah atas puasa yang tidak  
   sempat diqada.    

MUAMALAT

  - Membuat urusan bersangkutan riba.
  - Mengurang timbangan dalam jual beli.

     
  

Ahad, 11 Disember 2011

.
PENGERTIAN SOLAT

        Terjemahan: ''......Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya.''
                                                                                                             (Surah al-Mukminun)

        Demikianlah sifat kedua yang harus dimiliki oleh orang-orang yang hendak mendapatkan keberuntungan dan kejayaan.Meskipun begitu,masih terdapat pertanyaan:Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan solat itu?Secara harfiah atau literal,solat diertikan sebagai doa,rahmat dan istighfar (permohonan ampun).
        Manakala dari segi syariat,makna solat itu ialah suatu rangkaian ucapan dan amalan khusus yang dilakukan  pada waktu-waktu yang telah ditentukan.Dalil tentang kewajipan mengerjakan solat sebagai ibadah fardu banyak dijumpai,baik dalam dalil Al-Quran mahupun Al-Sunnah Rasulullah s.a.w.
        Firman Allah Subhanahu wata'ala:
Terjemahan: ''Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya,lagi tetap teguh di atas tauhid;dan supaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat.Dan yang demikian itulah Agama yang benar.''
                                                                                                    (Surah al-Bayyinah:5)
       Lebih daripada seratus kali kata-kata 'solat' itu disebutkan di dalam ayat-ayat Al-Quran.Penyebutan itu kebanyakannya disertai dengan kewajipan menunaikan zakat.Solat merupakan bentuk peribadatan yang sangat berpotensi untuk mambentuk peribadi seseorang.Semakin banyak kita melakukan ibadah solat,bertambah kukuhlah keimanan dalam hati.Boleh dikatakan bahawa solat adalah bentuk komunikasi langsung antara seseorang hamba dengan Tuhannya.Firman Allah:
          Terjemahan:''......Dan dirikanlah solat.Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar.Dan sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar keutamaannya daripada ibadat-ibadat lain.Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.''
                                                                                                      (Surah al-Ankabut ayat 45)
       Solat adalah kayu pengukur keimanan seseorang.Itulah sebabnya,apabila Rasulullah Sallallahu 'alaihi' wasallam hendak memerangi suatu kaum yang melanggar,pasti menunggu sampai terbit fajar dan menunaikan solat subuh.Jika beliau mendengar suara azan berkumandang ,beliau langsung menghentikan serangannya.Kemudian menundanya hingga matahari terbit.Setelah itu ,serangan kembali dilancarkan.Bagi setiap jiwa orang mukmin ,solat mempunyai peranan agung dan penting.Jiwa seseorang mukmin akan merasakan ketenteraman dan kekhusyukan ketika mengerjakan solat.Rasa kecintaannya kepada Allah dan Rasul-Nya disertai dengan sikapnya yang patuh dan tunduk,adalah wujud dengan nyata ketika seseorang mukmin menunaikan solat.Sebaliknya dia pun merasakan betapa cintanya Allah kepada hamba-Nya.
       Setiap insan yang hidup di dunia ini ,wajib menunaikan ibadah solat tanpa memandang jawatan atau predikatnya.Jika dia seorang Muslim,maka wajib baginya mengerjakan ibadah solat.Tidak ada bezanya antara si kaya dengan si miskin,antara pemimpin dengan rakyatnya,antara yang sedang menempuh perjalanan jauh mahupun yang mukim (tinggal),serta antara yang sihat dengan yang sedang menderita sakit .Tidak ada kata maaf untuk tidak melakukan solat kecuali dalam hal cara melakukannya bagi yang sedang dalam keadaan tertentu.Pengecualian yang sangat khusus dan langsung untuk tidak melaksanakan ibadah solat hanya diberikan oleh Allah kepada kaum wanita yang sedang haid atua sedang nifas sahaja.
         Oleh kerana itu hendaknya setiap insan menyedari betapa pentingnya ibadah solat dalam kehidupan di dunia ini.Lebih dari itu,kita juga hendaknya dapat menunaikan ibadah solat secara teratur dengan landasan ketaatan dan sikap khusyuk yang keluar daripada lubuk hati yang paling dalam.Wajib pula bagi kita untuk memerintahkan kepada seluruh keluarga,kerabat dan sahabat-sahabat kita untuk menunaikan serta mendirikan solat.Biasakanlah seluruh anggota keluarga dan kerabat kita untuk sentiasa mencintai solat sebagai suatu kewajipan.Sebuah rumah yang sentiasa dihiasi dengan ibadah solat oleh para penghuninya,pasti tidak akan mendapat gangguan dan kesesatan yang dilancarkan oleh syaitan.Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan 'anhu,Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam menganjurkan agar antara sesama suami isteri hendaknya saling mengingatkan dan membangunkan daripada tidurnya untuk mendirikan solat malam.
            Keagungan dan kemuliaan solat digambarkan oleh Rasulullah laksana sebuah sungai yang mengalirkan air dengan deras sehingga mampu mencuci sekali gus menghilangkan semua kotoran yang melekat pada pakaian.Solat adalah ibarat sungai yang menghapuskan dosa-dosa dan kesalahan yang melekat pada diri manusia.Tidaklah mungkin bagi kita untuk sentiasa rajin mengerjakan solat secara teratur dan benar,jika kita tidak mengetahui secara pasti kegunaan solat itu sendiri,baik ketika hidup di dunia mahupun di akhirat kelak.Untuk itu,kita harus mengetahui dengan benar mengenai rukun dan syarat sahnya solat.Demikian juga dengan sujud,ruku’mahupun semua amalan dalam ibadah solat itu.Barulah setelah hal itu kita ketahui dan lakukan dengan benar,kita akan tergolong menjadi orang yang khusyuk dalam menjalankan solat.Sifat itu pulalah yang diberi oleh Allah kepada hamba-Nya yang memperoleh kejayaan dan keberuntungan.Namun kemudian timbul pertanyaan: Apakah sebenarnya yang dinamakan dengan khusyuk itu?Lalu,bagaimanakah kita harus membuat khusyuk?Menurut pengertian bahasa,khusyuk bererti sikap yang hina atau rendah hati.Dalam segi suara,khusyuk bererti diam.Sedangkan dalam hal pandangan mata khusyuk bererti menandukkan mata.Para ulamak mempunyai pengertian sendiri mengenai khusyuk.Sebahagian daripada mereka berpendapat bahawa khusyuk adalah termasuk dalam amalan di dalam hati,seperti perasaan takut atau gentar.

CONTOH SOLAT YANG KHUSYUK
     
      Berdasarkan kesepakatan para ulamak,semua sahabat Rasulullah adalah mustaqim iaitu lurus dan adil.Itulah sebabnya,mereka mendapatkan martabat dan kedudukan yang tinggi .Hal tersebut terlah terbukti dan terlihat amat nyata dalam kekhusyukan solat mereka.Hati mereka hanya tertuju kepada Allah dan melalaikan semua masalah yang ada di dalam fikirannya.Ibadah solat yang dilakukannya menjadi titik perhatian utama.Pada saat-saat seperti itu,yang ada dalam benak mereka hanyalah fikiran tentang kebesaran dan keagungan ciptaan-Nya.Mereka begitu merindukan syurga yang telah dijanjikan-Nya serta diliputi perasaan takut akn azab-Nya teramat pedih.Konsenterasi atau tumpuan mereka bertambah kuat tatkala mereka membaca ayat-ayat al-Qur’an.Bacaan ayat-ayat itu terasa sebagai perantara untuk berdialog secara langsung dengan Khaliknya.Sementara seluruh anggota badannya diam dengan tenang untuk ikut merasakan kepatuhan dan kepasrahan kepada Zat yang telah Menciptakannya.Dikisahkan bahawa suatu ketika ‘Urwah bin Zubair sedang sakit pada betisnya.Salah seorang sahabat Nabi menganjurkan agar betisnya itu dipotong.Namun demikian dia menolaknya.Tidak lama kemudian penyakitnya itu telah menjalar ke bahagian atas anggota tubuhnya..Melihat keadaan itu,salah seorang sahabat Nabi mengatakan bahawa jika penyakitnya itu telah sampai ke tulang lututnya,pasti menyebabkan kematiannya.‘Urwah hanya dapat pasrah dan menyerahkan segala-galanya kepada Allah Subhanahu wata‘ala.Kemudian dia menemui seseorang tabib untuk mendapatkan rawatan demi kesembuhan penyakitnya.Namun begitu apabila tabib tersebut hendak mengubatinya bagi menghilangkan rasa sakitnya,dia menolak.Akhirnya atas saranan seseorang,kaki sahabat Nabi yang sakit itu dipotong oleh tabib tersebut ketika dia sedang mengerjakan solat.Tidak sekalipun tubuh‘Urwah itu bergerak ketika sedang mengerjakan solat,sehingga pemotongan kakinya sama sekali tidak dirasainya.Betapa khusyuk dan tenangnya‘Urwah menunaikan solat sehingga tidak terpengaruh dengan semua kejadian yang menimpanya.Hatinya hanya tertuju dan terpusat ke hadrat Allah Subhanahu wata’ala tanpa ada suatu kekuatan pun yang mampu mengusiknya.
       Dalam peristiwa lain,terdapat sebuah kisah lagi yang menceritakan tentang kekusyukan sahabat Nabi ketika menunaikan solat.Diceritakan bahawa pada suatu ketika seorang sahabat yang bernama Khubaib hendak dihukum mati oleh kaum kafir Quraisy.Tatkala mereka telah sampai di Tan’iim dan hukuman itu hendak dilaksanakan,Khubaib meminta izin kepada orang-orang Quraisy untuk mendirikan solat dua rakaat.Permintaan itu dibenarkan oleh kaum Quraisy.Khubaib kemudian tidak mensia-siakan kesempatan emas yang dimilikinya itu sebelum dia menghadap Allah Subhanuhu wata’ala.Dia segera melakukan solat dua rakaat tersebut dengan sangat khusyuk dan sempurna.Sesudah solat,dia lalu mengatakan kepada orang-orang Quraisy yang akan menghukumnya mati: Kalaulah kalian tidak menyangka bahawa aku akan melamakan solat kerana rasa takut akan mati,pastilah aku akan panjangkan dan perbanyakkan lagi solatku.
      Dalam peristiwa ini kita dapat menyaksikan sendiri betapa taat dan khusyuknya seorang sahabat Nabi meskipun disaat menjelang kematiannya kerana terpaksa menjalani hukuman.Beliau masih menyempatkan diri untuk melakukan solat.Hal demikian kerana kecintaanya kepada solat.Meskipun pada saat-saat yang begitu kritis sekalipun,solat tidak pernah dilupakannya.Hal itu disebabkan bahawa solat adalah merupakan penghubung batin antara seorang hamba dengan Allah Subhanahu wata’ala,Penciptanya.Dengan ucapannya yang masih tegar dan lantang,Khubaib bahkan mempunyai keinginan untuk memperbanyak ibadah solatnya jika sekiranya kaum kafir Quraisy merasa tidak keberatan.Dialah Khubaib,seorang sahabat Nabi yang menjadi perintis pertama untuk melakukan solat sebelum menjadi syahid.     

Sabtu, 10 Disember 2011

SALAM, SELAMAT DATANG

   Salam ,
                Layarilah blog saya untuk perkongsian ilmu.